Thursday, November 7, 2013

Di sebalik kematian



Kematian bukanlah akhir hidup manusia.
Ia hanyalah pintu keluar daripada dunia.
Menuju kediaman berikutnya.
Dunia ini menyibukkan dan membuat lupa.
Sehingga ramai yang alpa.
Untuk apa hidup itu sebenarnya.
Tak kurang pula yang leka.
Tak sedia untuk hidup setelahnya.

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:
"Di balik kematian ada dua tempat kediaman
Kalau engkau terlepas dari tempat yang pertama
Engkau akan berakhir di tempat yang kedua"
Tiada tempat yang ketiga
Tiada pula yang boleh membeli dengan hartanya
Satu kediaman bernama Surga
Yang lainnya bernama Neraka

Ramai yang nak Surga
Tapi berkelakuan ahli Neraka
Ramai nak surga dunia
Tapi mengundang Neraka tak berkira

Siapa yang kejar dunia untuk akhiratnya
Dia beruntung sepanjang masa
Jangan cintai dunia, cintai Pemiliknya
Kerana Dia sahaja yang boleh memberi bahagia
Bahagia yang sebenarnya
Dia sahaja, tiada selainnya


Syed Alwi Alatas
KL, 8 Nov 2013

Wednesday, November 6, 2013

Tak belajar pada kematian

Kubur dan kematian seharusnya boleh menjadi pengingat bagi kita untuk sedar dan menjauhi hal-hal yang negatif. Namun ada juga sebahagian manusia yang tak peduli dengan kematian, walaupun mereka berada didekatnya.

Pada bulan September 2013 lepas, ada seorang bernama Soleh yang meninggal dunia. Sayang namanya tidak menggambarkan perilakunya. Ia wafat setelah pesta minum arak dan dikuburkan beberapa waktu kemudian. Beberapa saat sebelum Soleh dikuburkan, tujuh orang lainnya melakukan pesta minum arak pula di lokasi kuburan. Sebahagian dari ketujuh orang itu bekerja sebagai penggali kubur. Selepas menguburkan jenazah Soleh, mereka kembali melanjutkan pesta minum arak di tempat itu. Malam itu juga, beberapa orang yang meminum arak tersebut masuk ke dalam hospital. Satu di antara mereka meninggal dunia selepasnya.

Mereka buat maksiat di tempat yang seharusnya mengingatkan mereka pada kematian. Kalau kematian sudah tak boleh menyedarkan dan menginsafkan, apa lagi yang nak diharapkan?

Ya Allah, jauhkan kami daripada Su'ul Khatimah.

http://jogja.tribunnews.com/2013/09/18/tujuh-orang-pesta-miras-oplosan-di-kompleks-makam-lima-tewas


Saturday, October 12, 2013

Perjalanan roh manusia selepas kematian [bagian 2]

Sambungan hadits sebelumnya:

Nabi Muhammad saw. bersabda, “Adapun hamba yang kafir, jika hendak meninggal dunia dan menghadapi akhirat, maka turun dari langit malaikat yang hitam wajahnya dan hitam pakaiannya, lalu duduk di hadapannya sejauh pandangan mata. Kemudian datang malaikat maut yang duduk di tepi kepalanya sambil berkata: ‘Wahai roh yang jahat, keluarlah kamu menuju murka Allah.’

Maka rohnya tersebar ke semua anggota badannya (kerana takut akan kematian, pen.). Kemudian dicabut roh itu bagaikan dicabut besi daripada bulu yang basah, sehingga terputus semua urat dan ototnya. Lalu roh itu dimasukkan ke dalam kain hitam, dan dibawa pergi dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai. Dia dibawa naik dan setiap kali melalui rombongan malaikat akan ditanya, ‘Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?’

Maka dijawab, ‘Roh fulan bin fulan (dengan seburuk-buruk sebutan namanya semasa di dunia hingga, sampai ke langit dunia), maka bukakanlah baginya.’ Tetapi tidak dibuka (pintu langit) untuknya.

Kemudian Nabi Muhammad saw. membaca ayat yang bermaksud: Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. (Al-A’raf 7: 40)

Kemudian diperintahkan, ‘Tulislah kitab orang itu dalam sijjin.’

Setelah itu dilemparkan rohnya itu begitu sahaja seperti yang disebutkan di dalam ayat yang bermaksud: ... dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh. (Al-Haj 22: 31)

Kemudian dikembalikan roh itu ke dalam jasadnya di dalam kubur, dan didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya, ‘Siapa Tuhanmu?’

Maka dijawab, ‘Saya tidak tahu.’

Lalu ditanya, ‘Apakah agamamu?’

Maka dijawab, ‘Saya tidak tahu.’

Ditanya lagi, ‘Bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutuskan di tengah-tengah kamu ini?’

Dan dijawab, ‘Saya tidak tahu.’

Maka terdengarlah satu seruan dari langit, ‘Hamba-Ku berdusta. Hamparkan untuknya hamparan dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, biar terasa olehnya panas udara neraka.’ Kemudian disempitkan kubur sehingga terhimpit dan patah tulang-tulang rusuknya. Selepas itu datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata, ‘Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah waktu yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.’

Lalu dia bertanya, ‘Siapakah kamu?’

Jawabnya, ‘Aku amalanmu yang buruk.’

Lalu dia berkata, ‘Ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat.’ (Hadits Riwayat Ahmad)

(Dipetik daripada buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH)

Friday, October 11, 2013

Perjalanan Roh manusia selepas kematian [bagian 1]

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Baraa’ bin Azib r.a.: Kami bersama Nabi Muhammad keluar menghantar jenazah seorang Sahabat Ansar. Ketika kami sampai di kubur dan jenazah belum dimasukkan ke dalam liang lahad, Nabi Muhammad duduk dan kami pun duduk di sekeliling Baginda dalam keadaan diam dan menundukkan kepala, seolah-olah ada burung di atas kepala kami. Nabi Muhammad menguis-nguis tanah dengan ranting yang ada di tangannya, kemudian Baginda mengangkat kepala lalu bersabda:

“Berlindunglah kamu kepada Allah daripada seksaan kubur.” Baginda mengulangi kata-katanya sebanyak tiga kali.

Kemudian Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya seorang Mukmin ketika hendak meninggal dunia, maka turun kepadanya malaikat yang cerah wajahnya bagaikan matahari, sambil membawa kafan daripada kafan-kafan syurga dan haruman daripada haruman syurga. Malaikat itu duduk di hadapannya sejauh pandangan mata. Kemudian datang malaikat maut duduk berhampiran kepalanya seraya berseru: ‘Wahai roh yang tenang dan baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redha-Nya.’

Nabi Muhammad saw. bersabda lagi, “Kemudian keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi bekas air, maka langsung diterima dan dimasukkan ke dalam kafan serta diberi haruman dan keluar daripadanya semerbak harum bagaikan kasturi yang paling harum di atas bumi. Setelah itu dia dibawa naik ke langit. Setiap kali dia melalui rombongan malaikat maka ditanya, ‘Roh siapakah yang harum ini?’



Maka dijawab, ‘Roh fulan bin fulan (dengan sebaik-baik sebutan namanya di dunia, hingga sampai ke langit), maka bukakanlah baginya.’

Maka dibukakanlah pintu langit baginya dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh malaikat Muqarrabun. Roh itu dibawa naik ke langit yang atas hingga sampai ke langit ketujuh.

Maka Allah berfirman: ‘Catatlah kitab hamba-Ku ini di illiyyin. Kemudian kembalikan dia ke bumi, sebab daripadanya Aku jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada ketikanya.’ (lihat Thaha 20: 55)

Maka kembalilah roh tadi ke dalam jasadnya di dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua malaikat yang bertanya, ‘Siapa Tuhanmu?’ 

Maka dijawab,‘Allah Tuhanku.’ 

Lalu ditanya, ‘Apakah agamamu?’ 

Maka dijawab, ‘Agamaku Islam’ 

Lalu ditanya lagi, ‘Bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutus di tengah-tengah kamu ini?’ 

Dan dijawab, ‘Dia adalah utusan Allah.’

Lalu ditanya, ‘Bagaimanakah kamu mengetahuinya?’ 

Dia menjawab, ‘Saya membaca kitab Allah lalu beriman dan membenarkannya.’ 

Maka terdengar suara, ‘Benar hamba-Ku, maka berikan kepadanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga. Bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya dia mendapat bau syurga dan udara syurga, serta luaskan kuburnya seluas pandangan mata.’

Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata, ‘Terimalah khabar gembira, ini waktu yang telah dijanjikan Allah kepadamu.’

Maka dia pun bertanya, ‘Siapakah kamu?’ 

Jawabnya, ‘Saya amalanmu yang baik.’ 

Lalu dia berkata, ‘Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.’ (Hadits Riwayat Ahmad)

(Dipetik daripada buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH)


Wednesday, October 9, 2013

Rasa sakit kematian

Inilah yang akan dialami oleh setiap orang ketika kematiannya!

Rasulullah bersabda, “(Rasa sakit kematian) itu setara dengan tiga ratus pukulan pedang.” (Riwayat Ibnu Abid Dunya)

Tiga ratus pukulan pedang! Dapatkah anda membayangkannya? Mampukah kita menanggungnya? Satu pukulan pedang pun sudah begitu menyakitkan. Sepuluh pukulan pedang sudah tentu akan membuat kita jatuh terkapar menanti ajal. Seratus pukulan pedang pasti akan membuat tubuh kita hancur berkecai. Bagaimana dengan tiga ratus pukulan? Siapa yang dapat menahannya?

Malah sebenarnya ia mungkin lebih sakit daripada itu. Kerana rasa sakit yang dialami oleh seseorang berbeza, bergantung kepada amalannya semasa hidup. Kalau tiga ratus pukulan pedang pun kita sudah tidak dapat membayangkannya, bagaimana kalau lebih daripada itu?

Ali bin Abi Thalib r.a. biasa memotivasi orang untuk berperang dengan berkata, “Sekiranya kamu tidak berperang, maka kamu akan mati (secara normal). Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, seribu pukulan pedang lebih ringan untuk ditanggung dibandingkan dengan kematian seseorang di atas katilnya.”

Allahu Akbar! Seribu pukulan pedang pun masih lebih ringan daripada sakaratulmaut. Ia bukan lagi seratus pukulan pedang. Ia bukan dua ratus kelaran pedang. Ia bukan tiga ratus tusukan pedang. Ia bukan empat ratus robekan pedang. Ia bukan lima ratus, bukan enam ratus, bukan tujuh ratus. Ia seribu pukulan pedang! Bahagian tubuh kita yang manakah yang tidak akan terkena pukulan sebanyak itu? Bahagian mana yang tidak akan mengalami rasa sakit? Adakah orang yang mampu bersabar menahan kesakitan seperti itu?

Malah ia lebih menyakitkan daripada seribu pukulan pedang!

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Tolonglah kami menghadapi rasa sakit yang tidak mampu kami menanggungnya.

(Petikan daripada buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH)

Wednesday, October 2, 2013

Berlumba ... sampai ke kubur

Manusia ini memang aneh. Mereka tidur dan bangun daripada tidur setiap hari, tapi sering lupa dengan kematian dan kebangkitan selepasnya. Mereka bekerja pada masa muda dan menabung untuk hari tua, tetapi malas beramal soleh untuk mendapatkan ganjaran di akhirat. Sedangkan dunia ini hanyalah tempat beramal dan akhirat itulah tempat memetik hasil. Tetapi ramai manusia tidak peduli dengan semua itu. Seolah-olah mereka ingin memetik semua hasilnya di dunia dan berlumba-lumba mengejar kesenangan duniawi. Mereka memburu nikmat demi nikmat, hidup dalam senda gurau, tenggelam dalam limpahan harta tanpa mengambil kira halal dan haramnya. Apabila tiba-tiba saja kematian datang, mereka tersentak dengan kelalaian mereka selama ini. Kematian telah datang dan mereka belum membuat sebarang persediaan untuk menghadapinya. Mereka tidak punya cukup bekal dan tabungan untuk kehidupan di akhirat.

Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. (At-Takatsur 102: 1-2)

Daripada buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH

Monday, September 30, 2013

Kata pengantar buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH

Buku ini agak berbeza berbanding buku-buku kami sebelumnya. Buku-buku Sebelumnya banyak mengajak pembaca untuk tersenyum dan menjadi orang yang bahagia. Buku-buku Bila Allah Menduga Kita (Mustread), Senyumlah (Galeri Ilmu), Mudahkan Jangan Susahkan (Galeri Ilmu), dan Bersyukurlah Kerana-Nya (Galeri Ilmu), mengajak pembaca melihat masalah dan ujian yang dilalui secara positif dan melihatnya melalui sudut pandang yang tepat, sehingga mereka mampu tersenyum walaupun sedang menghadapi ujian yang berat. Ataupun sekurang-kurangnya mereka tidaklah sampai berputus asa. Selain itu, pembaca juga diajak untuk melihat nikmat-nikmat yang ada pada dirinya dengan perasaan syukur. Semua itu diharap dapat menghilangkan perasaan susah hati dan mendatangkan kebahagiaan.

Apabila membaca buku ini, mungkin pembaca akan berasa susah untuk tersenyum. Mengapa begitu? Kerana buku ini membicarakan tentang kematian. Kita tidak mampu tersenyum ketika berhadapan dengan kematian. Ia terlalu serius dan tidak boleh dipandang ringan. Ia terlalu penting dan tidak boleh ditangguhkan. Jadi kita kena belajar tentangnya dan berusaha untuk sentiasa mengingatinya. Itulah sebabnya saya menulis buku ini.

Meskipun begitu, buku ini tetap ada kaitan dengan buku-buku sebelumnya, iaitu semuanya berkaitan dengan ujian. Kematian juga termasuk ujian. Kehidupan dan kematian dicipta oleh Allah untuk menguji manusia, sebagaimana yang disebut dalam ayat kedua surah al-Mulk. Kematian adalah ujian yang terakhir dan terpenting untuk manusia. Kerana itulah kita perlu selalu mengingatinya.

Dengan selalu mengingati mati, insya-Allah kita akan selalu ingat ke arah mana tujuan kita yang sebenarnya. Dengan mengingati mati, insya-Allah kesombongan akan hilang daripada diri kita, kerana tidak ada manusia yang boleh sombong di hadapan kematian.... Semoga buku ini dapat membantu pembaca memperoleh lebih banyak kebaikan dengan memahami dan mengingati mati.

Jangan lupa untuk mendapatkan buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH di pasaran Malaysia.

Hari tua dan selepas kematian

Ramai orang yang menyimpan sebahagian wang gajinya untuk hari tuanya. Dengan itu dia boleh hidup selesa ketika dia sudah tidak kuat untuk bekerja. Kalau manusia begitu memikirkan nasib hari tuanya, bagaimana mereka boleh melupakan nasibnya dalam kehidupan selepas mati? Mengapa dia tidak menyediakan tabungan sebanyak-banyaknya untuk kehidupan selepas mati, ketika dia sudah tidak memiliki kesempatan lagi untuk beramal?

(petikan daripada buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH)

Thursday, September 26, 2013

Money Changer Kehidupan

“Cuba tengok itu,” saya berkata pada istri yang duduk di sebelah. Kami ketika itu sedang menunggu dipanggilnya nombor giliran di sebuah money changer yang cukup besar. Saya menunjuk ke arah dua orang perempuan, yang satu berusia sekitar 40 tahun, dan satunya lagi yang tampaknya adalah ibunya berusia lebih dari 60 tahun. Keduanya sedang berdiri menukar uang di depan pegawai money changer.

“Ada apa?” istri saya belum faham.

“Ibu yang tua itu jalannya sudah sangat susah sehingga perlu dibimbing oleh anaknya,” saya menerangkan.

Istri saya memperhatikan kedua perempuan itu. Tak lama kemudian, keduanya berjalan menuju ke deretan kursi untuk menunggu panggilan selepasnya. Perempuan yang tua berjalan dengan dibimbing oleh perempuan yang lebih muda. Ia berjalan tertatih-tatih. Kakinya susah digerakkan, sehingga jalannya sangat lambat. Cermin mata perempuan tua itu juga sangat tebal, mungkin ia sudah tak boleh melihat dengan jelas.

“Betul juga,” kata istri saya saat melihat keduanya berjalan.

“Perempuan ini sudah tua, tapi dia masih sahaja sibuk mengurusi dunia,” ujar saya lagi kepada istri. “Bukankah lebih baik kalau dia menyibukkan diri untuk akhiratnya, terutama pada umurnya sekarang ini?”

Namun perempuan itu tampaknya keturunan Cina dan mungkin bukan Muslim. Cara berpikirnya tentu berbeda dengan cara berpikir kami.

“Tapi pada sisi lain, mungkin ada baiknya dia tetap melakukan aktiviti seperti ini,” kata saya lagi kepada istri. “Bukankah orang tua yang tidak banyak aktiviti dan tidak banyak bergerak akan cepat menjadi nyanyuk (terkena alzheimer).”

“Itu pun benar juga,” kata istri saya. “Orang tua perlu tetap beraktiviti agar jiwa dan pikirannya tetap sihat.”

Saya kemudian bebisik kepada istri saya sambil tersenyum, “Kalau macam tu, kalau Allah bagi kita umur panjang, kita akan tetap beraktiviti walaupun sudah berusia tua. Kita akan pergi ke bank dan money changer. Kita terus jalankan bisnes dan berinvestasi. Tapi kita melakukan itu semua sambil berzikir … subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar ….”

Istri saya tersenyum membayangkan hal itu.

Tentu saja kami tak tahu apakah akan melakukan semua itu pada usia tua atau tidak. Macam pengusaha hebat sahaja. Tapi itu tidak penting. Yang penting adalah dalam setiap aktiviti yang dilakukan jangan sampai lupa pada Allah.

Tetap menjalankan urusan duniawi yang halal hingga ke usia tua tidak masalah, tapi jangan lupakan kematian yang semakin dekat. Niatkan aktiviti duniawi itu untuk kepentingan akhirat, dan selalu basahi lisan berzikir mengingat-Nya. Dengan begitu, mudah-mudahan akhir perbuatan dan ucapan kita adalah sesuatu yang dicintai oleh-Nya, bukan yang dibenci-Nya.

Kita juga kena sentiasa ingat bahawa saat kita meninggal dunia, kita akan memasuki sebuah negeri yang baru, iaitu negeri akhirat. Di sana kita memerlukan ‘mata uang’ yang berbeza dengan yang ada di dunia. Orang yang hendak pergi ke negeri lain, perlu datang ke money changer untuk menukar uangnya dengan mata uang yang boleh diterima di negeri yang akan didatanginya. Seorang yang akan pergi ke negeri akhirat (kita semua akan pergi ke sana) juga perlu menukar terlebih dahulu apa yang dimilikinya di dunia dengan hal-hal yang boleh diterima di negeri yang baru itu.

Negeri akhirat tidak mengenal dollar, ringgit, ataupun rupiah, yang dikenalnya adalah buah dari amal soleh dan sedekah yang ikhlas kerana-Nya. Negeri itu tak mengenal berbagai harta benda yang kita miliki sekarang, yang dikenalnya hanyalah hasil daripada ketulusan menyembah-Nya. Negeri itu tak mengenal wajah yang tampan, fizikal yang kuat, mahupun ramainya kawan-kawan yang hebat, yang dikenalnya hanyalah lisan yang jujur dan banyak berzikir, sifat kasih sayang dan tolong menolong kerana-Nya, serta hati dan jiwa yang bersih.

Negeri akhirat itulah negeri kita yang sebenar, bukan negeri yang sekarang ini. Kita akan pergi dan menetap seterusnya di sana. Masalahnya, kita tidak tahu bila ‘flight’ kita akan berangkat ke sana. Mungkin beberapa puluh tahun lagi, tapi mungkin juga esok pagi. Maka tukarkan ‘uang’ yang kita miliki di dunia ini sebanyak-banyaknya untuk menyiapkan diri menuju ke negeri akhirat. Pergilah ke ‘money changer’. Kalau kita menemukan ada orang yang memerlukan pertolongan, maka itulah money changer-nya. Kalau kita memiliki waktu luang untuk beribadah, maka itulah money changer-nya. Setiap tempat dan bumi yang kita ada di atasnya atau sedang kita lalui, maka itu pun boleh menjadi money changer. Pada semua money changer itu, kita tukar harta duniawi serta berbagai aktiviti kita dengan keridhaan-Nya. Nilai tukarnya tidak akan pernah jatuh, selama keikhlasan tetap terjaga. Dengan begitu, kelak kita akan memasuki negeri akhirat dengan ‘uang’ yang mencukupi insya Allah.

Akhirnya, jangan menunggu sampai menjadi tua seperti si perempuan tua untuk pergi ke ‘money changer’. Ia berjalan dengan susah payah dan kena dibantu orang lain. Bersiaplah sekarang juga, ‘flight’ kita mungkin akan berlepas sekejap lagi. Wallahu a’lam.

Syed Alwi Alatas
Jakarta, 26 September 2013

Tuesday, September 24, 2013

Sebesar apa rumah kita?

Beberapa hari lepas saya bertakziah ke tempat seorang yang baru saja meninggal dunia. Orang yang wafat ini merupakan seorang peniaga yang berhasil dan termasuk orang kaya. “Jalan masuk ke rumahnya hanya cukup untuk satu kereta,” begitu saya diberitahu, “tapi rumahnya besar sekali.”

Ketika tiba di rumahnya, saya tidak begitu memperhatikan keadaan tempat itu, kerana perhatian tertuju pada orang-orang lainnya yang hadir di sana. Beberapa waktu kemudian, jenazah dibawa dengan sebuah kereta pengantar jenazah menuju ke masjid untuk disolatkan dan kemudian dibawa ke kubur. Saya sendiri tidak ikut menyalatkan di masjid dan mengantarkan ke kuburan. Saya menunggu ibu saya yang ikut bertakziah keluar dari dalam rumah untuk kemudian pulang ke rumah.

Orang-orang sudah mulai pergi meninggalkan tempat itu dan suasana menjadi lebih sepi. Ketika itu, sambil menunggu ibu, saya memperhatikan halaman serta rumah yang besar itu. Untuk sebuah rumah pribadi, tempat itu memang sangat besar. Ia memiliki bangunan tempat meletakkan kereta yang terpisah dari bangunan rumah utama. Halaman dan kebunnya juga sangat luas.

“Besar sekali rumah ini,” saya bertanya-tanya ingin tahu, “berapakah luasnya?”

“Saya dengar luasnya 1 hektar,” kata abang yang ada di sebelah saya.

Dapatkah anda membayangkan sebuah rumah pribadi, di tengah kota besar seperti Jakarta, yang luas tanahnya 1 hektar? Tentu saja Allahyarham bukan satu-satunya orang kaya yang memiliki rumah dan halaman seluas itu. Ada orang-orang kaya lainnya yang memiliki rumah pribadi dengan tanah yang luas. Tapi jumlah mereka tentu tak ramai, apalagi jika dibandingkan dengan kebanyakan orang yang rumahnya tidak sampai 100 atau 150 meter persegi. Masih ramai lagi yang tidak memiliki rumah sama sekali dan hanya mampu menyewa rumah.

Kalau pemilik rumah ini selalu bersyukur kepada Tuhannya atas nikmat itu, tentu ia termasuk orang yang beruntung. Ia memiliki rumah yang besar, memiliki kekayaan yang lebih dari cukup, memiliki kenderaan dan bangunan khusus untuk meletakkan kenderaannya, memiliki bisnes yang hebat, serta memiliki banyak hal lainnya. Tentu tiada alasan untuk tidak bersyukur. Tapi kita yang rumahnya kecil pun, atau belum punya rumah, jangan sampai tak bersyukur. Kerana nikmat yang sedikit pun perlu disyukuri. Sekecil apa pun nikmat, di dalamnya ada tuntutan untuk bersyukur. Dan bagi orang yang bersyukur, nikmatnya akan dilipatgandakan.

Jadi begitulah, orang itu memiliki rumah yang sangat besar. Namun kini ia sudah meninggal dunia. Jenazahnya dihantar meninggalkan rumah itu, menuju ke tempat yang lain. Kemana jenazah itu dihantarkan? Ya, ia dihantarkan ke ‘rumah’ yang baru. Luas rumah yang baru itu hanya sekitar dua meter persegi, tidak lebih. Rumah barunya itu sama saja dengan rumah kita semua pada akhirnya. Orang yang tidak punya rumah selama hidupnya pun pada akhirnya akan menempati ‘rumah’ yang luasnya kurang lebih sama dengan yang ditempati si kaya.



Rumah di akhir kehidupan itu bernama kuburan. Kita semua akan masuk ke dalamnya. Kekayaan kita di dunia tidak membuat kubur itu lebih lapang dan selesa. Kekayaan amal-lah yang akan menjadikannya terang dan aman.

Jangan hanya sibuk membeli dan mengurus rumah duniawi. Kerana pada akhirnya rumah itu akan jadi milik orang lain. Persiapkan diri untuk rumah yang terakhir. Agar kelak kita tak merasa kecewa yang berpanjangan.

Syed Alwi Alatas
Jakarta, 23 September 2013

Sunday, September 22, 2013

The end ... not the start

Belum lama ini saya berjumpa dengan seorang kawan lama, sebut sahaja namanya Adi. Ia mengajak saya pergi dengan mengendarai keretanya ke beberapa tempat di Jakarta, sambil berbincang tentang banyak hal. Kemudian kami berhenti di sebuah tempat untuk makan nasi goreng rawit.

Saat makan, ia sempat bercerita tentang dialog seorang anak dengan ayahnya. Si anak mengeluh tentang keadaan yang dihadapinya, bahawa ia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Ia merasa tak boleh menjadi orang yang sukses dengan keadaannya itu. Ia merasa iri dengan pemuda-pemuda lain yang berasal dari keluarga kaya dan memiliki banyak hal dan kemudahan untuk sukses dalam hidup.

Ayahnya kemudian menasihati anak ini dengan sebuah kalimat, "It doesn't matter where you start. It's matter where you end."



Ini adalah sebuah kisah dan pelajaran yang sangat berharga. Kata-kata nasihat itu singkat saja, tetapi sangat dalam. Apa yang dikatakannya sangat tepat. Tidak penting di mana kamu memulai. Yang penting di mana kamu berakhir. Ramai orang yang sudah membuktikan ini. Awalnya tidak menentukan akhirnya. Orang yang awal hidupnya susah, tidak mesti akhir hidupnya juga susah. Orang yang awal hidupnya bahagia, belum tentu akhirnya juga bahagia. Ada beberapa kisah dalam buku Mudahkan, Jangan Susahkan yang membuktikan kebenaran ini.

Kawan saya menyebutkan kisah itu berkenaan dengan usaha manusia dalam kehidupan di dunia. Namun, tiba-tiba saya berpikir bahawa kata-kata itu juga sebenarnya berkenaan dengan kematian. Bahkan hubungannya dengan kematian lebih penting lagi. "It doesn't matter where you start. It's matter where you end." Tidak penting di mana kamu memulai. Kita boleh memulai kehidupan ini di keluarga miskin atau kaya. Kita boleh memulainya di keluarga Muslim atau bukan Muslim. Kita boleh memulainya dalam keadaan sehat atau cacat. Kita boleh memulainya dalam keadaan bahagia atau menderita. Kita tidak memiliki kuasa atas bagian awalnya. Kita menerima takdir itu sepenuhnya. Ia bukan untuk dikeluhkan. Mengapa macam itu? Kerana tidak penting di mana kita memulai. Yang penting adalah dimana kita berakhir. Dan awal hidup ini tidak menentukan akhirnya. Ramai yang awal hidupnya baik, tetapi akhir hidupnya buruk, sebagaimana ramai pula orang yang awal hidupnya buruk tetapi akhirnya baik.

Awal hidup manusia ada dua sahaja, boleh jadi ia baik, boleh jadi ia buruk. Tapi itu tak penting. Akhir hidup manusia juga hanya dua, boleh jadi ia husnul khatimah, boleh jadi su'ul khatimah. Dan ini yang paling penting, kerana hal ini yang menjadi hasil akhirnya.

Jadi yang paling penting adalah akhirnya. Kita bertanggung jawab atas akhirnya. Dan akhir kehidupan ini adalah kematian. It's really matter how we end our life. Sehebat apa pun bahagian awal dan perjalanan hidup kita, tapi jika akhirnya buruk (su'ul khatimah), maka sia-sialah semuanya.

Apa yang sudah kita lakukan untuk menghadapi akhir yang sangat penting ini? Mudah-mudahan akhir hidup kita ditutup dengan ucapan syahadat dan kerananya kita mendapat husnul khatimah. Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang akhir perkataannya adalah lailahaillallah, pasti dia masuk syurga.” (Riwayat al-Hakim dengan sanad hasan)

Thursday, September 19, 2013

Life may end at forty

Habib Munzir al-Musawa meninggal dunia beberapa hari lepas dalam usia lebih kurang 40 tahun.

Beberapa bulan lepas, Ustadz Jefri al-Buckhori meninggal dunia, juga dalam usia 40 tahun.

Keduanya merupakan ustadz dan pendakwah terkenal di Indonesia. Semoga Allah merahmati keduanya.

Dahulu orang mengatakan "life begins at forty". Sekarang mungkin orang berkata, "life may end at forty."

Usia saya pun sudah dekat 40. Sementara amal sangat sedikit dan dosa-dosa terlalu banyak.

Ya Allah, janganlah Engkau matikan kami melainkan dalam keadaan yang Engkau ridhai.

Wafatkanlah kami dalam husnul khatimah.


Syed Alwi Alatas
Penulis MENCARI HUSNUL KHATIMAH

Wednesday, September 18, 2013

Syair yang menyentuh tentang kematian

Jika Tuhanku bertanya padaku
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
… dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
Dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul yang ngeri
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?

Aku melihat pada wajah-wajah …
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

Aku akan disoal apa yang telah aku lakukan
Di dunia untuk menyelamatkan diri ini?

Maka bagaimana akan kujawab
Setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar
Ayat-ayat Allah yang menyeruku?

Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan
Di dalam surah Qaaf dan Yaasin?

Apakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia
Hari perhimpunan dan hari al-Deen (Qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,
Menyeru dan menjemputku?

Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yang Maha Luas pengampunan-Nya
Yang membimbingku pada kebenaran?

Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku

Dan ringankan (percepatkan) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban

Wednesday, September 11, 2013

Tenggelam ke dalam Lubang Saat Tidur



“Ayo kita jalan-jalan,” begitu ibu membujuk saya pada waktu saya masih kecil. Ketika itu hari sudah malam, bukan lagi waktunya untuk berjalan-jalan.

“Jalan-jalan kemana?” tanya saya.

“Jalan-jalan ke pulau … ke pulau kapuk,” jawab ibu saya tersenyum. Yang dimaksud oleh ibu saya dengan pulau kapuk adalah ‘katil’ atau ‘tilam’, karena pada masa itu kebanyakan tilam berisi kapuk.

Bagi seorang budak yang biasa berimajinasi, ‘jalan-jalan ke pulau kapuk’ adalah ide yang sangat menarik. Ajakan semacam ini biasanya lebih berhasil dalam membujuk anak-anak yang enerjinya seperti tak pernah habis dan ingin terus bermain daripada sekadar mengajak untuk tidur. Anak-anak itu mungkin akan pergi ke bilik tidur sambil membayangkan dirinya akan pergi ke pulau-pulau yang indah melalui mimpi dan imajinasinya.

Bagi orang dewasa, tidur juga merupakan aktiviti yang sangat diperlukan. Tidur membantu menghilangkan ketegangan selepas seharian menghadapi banyak masalah yang harus diselesaikan. Tidur membuat anggota tubuh beristirahat setelah bekerja keras seharian. Tidur merupakan satu kenikmatan yang membawa manusia keluar sekejap dari kehidupan dunianya yang kompleks. Dan ketika ia bangun di pagi hari, tubuh dan pikirannya sudah segar kembali dan siap melakukan aktiviti seperti biasa.

Tapi ramai orang yang lupa bahawa sebenarnya tidur adalah sebuah kematian kecil. Roh orang yang tidur ditahan oleh Allah seperti orang yang meninggal dunia, hanya saja roh orang yang tidur ini kemudian dikembalikan lagi sehingga ia dapat bangun dari tidurnya. Tapi ada juga orang yang tidur dan rohnya tidak pernah kembali lagi. Ia meninggal dunia pada saat tidur. Atau ada juga orang yang tidur dan terbangun secara tiba-tiba hanya untuk menjumpai kematiannya, seperti pada kasus yang terjadi di Florida, Amerika Syarikat, berikut ini.

Pada awal bulan March 2013 itu, Jeff Bush (37 th) seperti biasa tidur di biliknya. Tidak ada tanda-tanda akan terjadi sesuatu yang buruk. Semua berjalan biasa sahaja. Namun ketika semua orang sudah tidur, tiba-tiba terdengar suara teriakan keras dari bilik Jeff Bush. Jeremy Bush yang tidur di bilik lain terbangun saat mendengar teriakan itu. Ia segera berlari menuju bilik saudaranya itu dan menemukan seluruh isi bilik itu sudah lenyap, masuk ke dalam sebuah lubang yang dalam. “Semuanya hilang, tempat tidur saudara saya, meja di kamar tidurnya, TV-nya, demikian pula dengan saudara saya,” kata Jeremy.

Rupanya pada malam itu, saat Jeff Bush sedang tidur, tiba-tiba terbentuk sebuah lubang besar dan dalam (sinkhole) di bilik tidurnya. Jeff Bush dan seluruh isi biliknya jatuh ke dalam lubang yang dalam itu. Ia menjerit saat hal itu terjadi, tetapi selepas itu tidak ada suara lagi dari dalam lubang. Jeremy berusaha untuk menolong saudaranya itu, tetapi tidak berhasil kerana lubang itu sangat dalam. Tim penyelamat yang datang selepas itu juga tidak dapat memberikan pertolongan kerana keadaannya terlalu berbahaya. Jeff Bush diperkirakan telah meninggal dunia di dalam lubang itu kerana tak ada lagi suara yang terdengar dari dalamnya.

Tidak ada tanda-tanda sebelumnya. Tidak ada khabar akan datangnya bencana. Semua terasa aman, sehingga sebuah lubang besar terbentuk secara tiba-tiba dan menelan Jeff Bush yang sedang tidur di biliknya. Hal semacam ini mungkin tak pernah muncul dalam imajinasi budak-budak mahupun orang dewasa.

Kita tidak pernah tahu bila dan dimana kematian akan mendatangi kita. Ia tidak semestinya datang saat umur kita tua dan saat kita menderita sakit yang berpanjangan. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, tanpa kita sempat melakukan persiapan untuk menghadapinya. Ia juga boleh datang saat kita sedang tidur dengan nikmat, dan membalik mimpi-mimpi indah kita menjadi kenyataan yang buruk dan menakutkan bagi siapa saja yang menyaksikannya.

Mulai sekarang, setiap kali akan pergi tidur, katakanlah pada diri sendiri bahawa ini mungkin tidur kita yang terakhir. Berdoalah kepada Allah seperti yang telah diajarkan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam dan selepas itu tidurlah dengan tenang. Kalau kematian datang menjemput pada malam itu, mudah-mudahan kita termasuk orang yang mendapatkan husnul khatimah.

Syed Alwi Alatas
Jakarta, 11 September 2013

Sumber:
http://edition.cnn.com/2013/03/01/us/florida-sinkhole/index.html http://www.nydailynews.com/news/national/sinkhole-swallowed-sleeping-florida-man-revealed-article-1.1279726

Tuesday, September 10, 2013

Ucapkanlah lailahaillallah ...

Ramai orang yang tidak terlalu khawatir dengan kematian yang akan mendatanginya. Mereka berpikir, bukankah ucapan lailahaillallah akan memberi jaminan bagi seorang Muslim untuk masuk Surga. Itu perkara mudah. Saat menjelang kematian, cukup ucapkan kalimat syahadat tersebut, maka si mati pun akan masuk Surga.

Benarkah ia akan semudah itu?

Bacalah kisah yang terdapat dalam buku MENCARI HUSNUL KHATIMAH berikut ini:

Pesakit itu, seorang lelaki berumur sekitar 50-an, sedang menghadapi saat-saat kematiannya. Anaknya yang berada di sampingnya membimbing ayahnya mengucapkan kalimah syahadah.

“Wahai ayah, ucapkanlah lailahaillallah,” kata anaknya itu.

Ayahnya tidak menjawab. Dia hanya diam saja.

Anaknya pun mengulangi perkataannya, “Wahai ayah … wahai ayah … ucapkanlah lailahaillallah. Wahai ayah, katakanlah lailahaillallah.”

Tetapi ayahnya tetap tidak menjawab.

Setelah berulang-ulang kali anaknya berkata demikian, akhirnya ayahnya bersuara. “Wahai anakku, ayah mengetahui kalimah yang engkau ucapkan itu, tetapi ayah tidak mampu mengucapkannya. Ayah merasakan seolah-olah ada gunung yang menghimpit lidah ayah.”

Maka anaknya pun menangis. “Wahai ayah, ucapkanlah lailahaillallah,” dia terus berusaha membimbing ayahnya agar mengucapkan kalimah yang mulia itu.

“Ayah tidak mampu,” jawab ayahnya.

Demikianlah yang terjadi berulang-ulang sehingga sampailah saat kematian lelaki itu. Dia meninggal dunia dalam keadaan tidak mampu mengucap syahadah.

Bukannya dia tidak tahu kalimah itu. Dia mengetahuinya, tetapi dia tertahan daripada mengucapkannya. Dia menyedari pentingnya mengucapkan kalimah itu. Dia ingin mengucapkannya, tetapi seolah-olah ada gunung di atas lidahnya yang menghalangnya daripada mengucapkan kalimah syahadah.

Dia tidak mampu.

Apakah kita akan mampu mengucapkannya pada akhir hayat kita?

Sunday, September 8, 2013

Rumah dengan dua pintu


Nabi Nuh a.s. pernah ditanya, “Apa pendapatmu tentang dunia?”

Baginda menjawab, “Dunia bagaikan sebuah rumah yang mempunyai dua pintu. Saya masuk melalui satu pintu dan keluar melalui pintu yang lain.”

Begitulah dunia dalam pandangan Nabi Nuh a.s. Walaupun beliau hidup sekitar seribu tahun.

Kehidupan ini terlalu singkat. Ia seperti memasuki rumah dari satu pintu dan kemudian keluar dari pintu yang lain. Pintu pertama adalah kelahiran dan pintu berikutnya kematian.

Saturday, August 31, 2013

Muda, Bersukan, dan ... Wafat

Orang yang masih muda dan suka bersukan biasanya lebih sehat dan lebih kuat daripada orang yang sudah tua dan jarang bersukan. Orang yang masih muda dan rajin bersukan juga biasanya dianggap lebih jauh dari kematian daripada orang tua dan orang yang jarang bersukan. Tapi itu bukan sebuah kepastian. Tiada yang dapat menjamin bahawa mereka tidak akan wafat lebih dahulu daripada orang yang usianya lebih tua dan perilaku hidupnya tidak sehat.

Pada 27 Ogos 2013 lepas, seorang pemain bola sepak pada sebuah klab di Argentina, Hector Sanabria, tiba-tiba jatuh di tengah padang saat pertandingan bola sepak baru berjalan sekitar tiga puluh menit. Ia jatuh begitu sahaja tanpa ada kontak dengan pemain lain. Kemungkinan penyebabnya adalah serangan jantung. Dokter segera turun ke padang untuk menolongnya. Sanabria terus dibawa ke hospital. Namun, saat tiba di hospital, ia sudah meninggal dunia (http://www.foxnews.com/sports/2013/08/27/27-year-old-hector-sanabria-dies-heart-attack-during-match-in-argentina-third/).

Umurnya baru 27 tahun. Ia wafat hanya satu hari sebelum ulang tahunnya yang ke-28. Hector Sanabria masih berusia muda dan tentu sahaja ia rajin bersukan kerana ia adalah seorang pemain bola sepak. Namun ia wafat di usia mudanya itu ... dan saat sedang bertanding bola sepak.

Bukan hanya Hector Sanabria yang mengalami hal semacam ini. Beberapa bulan lepas, tepatnya pada 5 Januari 2013, seorang budak berusia 16 tahun bernama Philip Lamin, juga mengalami hal yang sama. Saat bermain bola sepak bersama kawan-kawannya di sebuah padang di sekolahnya di London, Lamin tiba-tiba terjatuh tanpa ada sebarang kontak dengan pemain lain. Ia segera dibawa ke hospital, tapi nyawanya sudah tak tertolong lagi. Lamin wafat di hospital beberapa jam kemudian (http://www.dailymail.co.uk/news/article-2274380/Boy-16-dies-collapsing-playing-football-friends-school.html).

Lamin digambarkan sebagai seorang dengan senyum yang khas dan suka membuat rakan-rakannya tertawa. ia juga disebut sebagai salah satu pesukan paling berbakat di sekolah itu. Tapi jika ajal sudah datang, maka kematian tak akan mundur ke belakang. Orang yang masih sangat belia, bahkan masih remaja, tak memberi jaminan masih panjangnya usia. Orang yang rajin bersukan, dan sering melakukannya bersama rakan-rakan, belum tentu ia jauh dari kematian.

Tapi jangan menjadi malas bersukan selepas membaca tulisan ini. Bersukanlah dan jagalah kesihatan, tapi sering-seringlah mengingati kematian.

Syed Alwi Alatas
Kuala Lumpur, 1 September 2013

Tuesday, August 27, 2013

Kematian yang tidak seharusnya terjadi

Dalam berita hari ini disebutkan tentang seorang budak berusia 8 tahun di sebuah kampung di Lousiana, US, yang menembak mati neneknya. Motivasi di sebalik pembunuhan itu masih diselidiki. Budak itu berkata kepada petugas bahwa ia menembak neneknya itu secara tidak sengaja saat bermain-main dengan senjata api. Tapi penyelidikan menunjukkan bahwa kemungkinan besar budak itu menembak neneknya dengan sengaja dari belakang saat neneknya sedang duduk di ruang tamu.

Penyelidikan juga menemukan bahwa kejadian itu berlaku hanya beberapa menit selepas budak itu bermain video games yang mengandungi kekerasan. Video games yang dimainkan budak itu, Grand Theft Auto IV, merupakan game realistik yang mendorong pemainnya untuk mengumpulkan reward sebanyak mungkin dengan membunuh orang-orang yang ada di games tersebut. Perusahaan yang membuat games itu, walaupun merasa shock dengan kejadian tersebut, membantah kejadian itu sebagai dipengaruhi oleh video games kekerasan. (http://my.news.yahoo.com/eight-old-kills-grandmother-playing-video-game-040333234.html)

Nyawa manusia itu mahal. Tak semestinya kita bermain-main dengannya. Walaupun banyak penelitian dibuat untuk menolak kaitan unsur-unsur kekerasan dalam film dan video games dengan meningkatnya kekerasan dan pembunuhan, ia tetap mengganggu logika dan akal sehat manusia. Ide-ide kekerasan (violence) dalam film dan games itu, sedikit sebanyak, tentulah memberi pengaruh pada pikiran manusia, terlebih pada budak-budak.

Main-main sahaja sudah termasuk hal yang sia-sia, apalagi jika bermain dengan games yang mengajarkan kekerasan. Hidup ini hanya sekejap, jangan sampai kita mengakhirinya dengan keburukan dan kesia-siaan.


Syed Alwi Alatas,
Kuala Lumpur
28 Ogos 2013


*Gambar di atas hanya sebagai ilustrasi, tidak berkaitan dengan berita.

Sunday, August 25, 2013

Kematian tidak Menunggu Selesainya Perancangan

Kematian merupakan sesuatu yang sudah ditentukan waktunya. Pada saatnya datang, ia tak akan maju dan tak akan mundur. Manusia membuat perancangan dalam hidupnya, sesuai dengan harapan-harapannya yang banyak. Ada yang ingin menikah pada tahun hadapan. Ada yang ingin membangun rumah pada akhir tahun. Ada yang ingin menjadi ahli parlimen atau menteri besar selepas pilihan raya yang akan datang. Namun boleh jadi kematian datang mendahului, dan rencana-rencana itu ikut terkubur bersama orang-orang yang memimpikannya.

Buatlah rencana yang baik, tidak ada masalah dengan itu. Tapi ingatlah juga kematian yang boleh datang pada setiap masa. Terwujudnya rencana bukan sesuatu yang pasti. Namun datangnya kematian sudah pasti akan terjadi.

Pada bulan Mei 2013, ada Pilihan Raya di Malaysia (PRU 13). Orang-orang mengundi pada tanggal 5 Mei 2013. Di antara yang mengundi itu, ada seorang lelaki berusia 56 tahun yang ikut menunggu giliran di sebuah pusat mengundi di Ipoh. Namun belum sempat lagi memberikan undi, pada tengah hari pukul 12.35, tiba-tiba ia terjatuh. Ia pengsan dan meninggal dunia di tempat itu juga.

Ia segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Banun untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat menyebutkan lelaki itu meninggal disebabkan sesak nafas saat menunggu giliran mengundi. Ahli keluarga pula menyebutkan bahwa mangsa memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi (sumber berita: my.news.yahoo).

Banyak sebab yang boleh membawa pada kematian. Namun alasan utama yang sebenar adalah kerana ajalnya sudah ditentukan pada waktu dan tempat tersebut. Ia ikut berdiri dan menunggu giliran bersama yang lain dengan sabar, dengan sebuah undi di tangan, tanpa mengetahui bahawa ajalnya sudah ditentukan sebelum ia sempat menjalankan rencananya.

Kita pun mempunyai banyak perancangan dalam hidup, besar mahupun kecil. Dan kita juga tidak tahu bila ajal akan datang. Sila buat dan jalankan perancangan positif. Tapi ingatlah selalu tentang kematian yang kehadirannya tidak pernah menunggu selesainya sebuah rancangan.

Syed Alwi Alatas
Kuala Lumpur
26 Ogos 2013

Friday, August 23, 2013

Mencari Husnul Khatimah: Jiwaku Bergetar

Diberikan amanah yang besar oleh penulis. Sangat bermanfaat untuk diri saya sendiri.
Banyak tamsil ibarat daripada kisah dan penceritaan. Soal besar dan pasti tentang kematian dimudahkan fahamnya dengan ayat-ayat mudah bersama tamsil kisah dan cerita.

Tidak dinafikan jiwa saya bergetar di banyak catatan dan tazkirah. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam genggaman-Nya, diri ini gementar dan insaf. Moga insaf itu selamanya menjadi teman dan ditransformasikan menjadi amal baik buat menemani di alam barzakh.

Soal mati yang baik, mati yang buruk dan balasan setiap jenis mati itu diberitakan Allah dan Rasulullah (SAW). Itulah yang ditata oleh penulis dengan baik dan menyentuh roh saya. Alam kubur adalah misteri, namun misteri itu dikhabarkan oleh Rasulullah (SAW). Justeru itu panduan untuk kita agar jangan menjadi hamba Allah yang menerima siksa kubur yang dahsyat. Belum lagi seksa akhirat yang maha dahsyat juga.

Satu bab yang menarik (antara bab-bab lainnya) ialah berkenaan sahabat kita berupa Al-Quran. Dalam sebuah buku, saya ada nukilkan hadis Rasulullah (SAW) berkenaan seorang pemuda yang menemani kita di dalam kubur. Itulah sahabat yang dimaksudkan, sahabat yang bersama kita sehingga ke alam kubur, dan menjadi pembela kita. Penulis buku ini bercerita lebih terperinci lagi. Insya-Allah, kematian husnul khatimah andai kita sentiasa membaca, mentadabbur dan seterusnya mengamalkan setiap yang kita kutip daripada Al-Quran.

Sebaik usai membaca bahagian ini, terus saya mengambil mushaf tafsir Al-Quran dan membacanya. Lantas bertemu ayat 48, Surah al-A’raf dengan maknanya, “Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A’raaf menyeru beberapa orang (ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: ‘Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu – tidak dapat menolong kamu’.”

Tafsir lain ialah “Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang kamu sombongkan” itu “ternyata tidak ada manfaatnya buat kamu.”

Subhanallah! Sebuah petunjuk untuk saya, insya-Allah. Begitu juga harapan dan doa saya serta penulis buku ini, bahawa harta boleh dicari, tetapi ingatlah mati dalam usaha itu. Justeru mati itulah penamat gembiranya mengumpul harta, walaupun dalam kaedah halal, apatah lagi dengan cara jalan haram yang pastinya seksa kubur dan akhirat menanti.

Cukuplah kematian itu nasihat terbesar para Mukmin, insya-Allah.

** Web Sutera @ Hizamnuddin bin Awang.

http://pasalbuku.blogspot.com/2013/08/mencari-husnul-khatimah-jiwaku-bergetar.html

Thursday, August 22, 2013

Mati dan Hidup Lagi

Saat membuat tulisan tentang orang yang meninggal dunia secara klinikal kemudian hidup kembali, saya mencari gambar di google dengan memasukkan kata ‘clinically dead’. Saya merasa terkejut kerana banyak gambar yang diberikan oleh google adalah gambar Hosni Mubarak. Saya sempat berasa pelik. Apakah google sudah mulai eror dalam layanan pencariannya.

Kemudian saya berpikir, mungkin ada berita terbaru yang belum saya tengok tentang Mesir. Apakah Hosni Mubarak yang dikatakan akan dibebaskan itu tiba-tiba sahaja meninggal dunia? Saya pun membuka gambar itu dan membaca beritanya. Ternyata itu berita lama, tahun 2012. Saat itu ia sempat dikhabarkan meninggal dunia secara klinikal.



Terlepas dari berita itu, sebenarnya mengikut pada apa yang berlaku di Mesir sekarang ini Hosni Mubarak memang telah mati secara politik, politically dead, dan sekarang ini tampaknya bangkit kembali dengan pertolongan Abdul Fatah al-Sisi dan kawan-kawannya. Mubarak yang sudah jatuh dari kekuasaan, dipenjara, dan masuk mahkamah untuk menunggu hukuman, sekarang ini tampaknya akan dilepaskan kembali. Apakah ia akan kembali ke kursi kekuasaan, kita belum mengetahuinya.

Apa pun yang berlaku, pada akhirnya Mubarak, al-Sisi, dan yang lainnya akan mati juga, baik secara politik ataupun secara klinikal, mati yang sebenar-benarnya. Semua ada batas waktunya. Firaun pun tak boleh membeli keabadian. Pada saat kematian datang, semua yang telah dilakukan seseorang di dunia akan dipertanggung-jawabkan.

Bagi sebahagian orang, dunia adalah tempat satu-satunya untuk meraih kemenangan dan kejayaan. Ia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kemenangan dan kejayaan itu, walaupun dengan cara berbuat sezalim-zalimnya pada orang lain. Tapi bagi orang yang beriman, kemenangan akhirat jauh lebih penting. Di dunia, ia akan berusaha untuk menang dan berjaya. Tapi kalau pun ia kalah, ia tak kisah. Kerana kemenangan akhirat itulah yang jauh lebih penting.

Dunia ini singkat dan akhirat itu abadi. Di antara keduanya ada kematian yang menyakitkan dan selepasnya ada hisab yang keras. Cukuplah ia sebagai pengingat bagi kita semua.

Kuala Lumpur
Syed Alwi Alatas
22 Ogos 2013

Wednesday, August 21, 2013

Bangkit dari Kematian


Dalam akhbar The Sun semalam, Selasa 20 Ogos 2013, terdapat berita tentang seorang wanita Australia yang secara klinikal dinyatakan meninggal dunia, Namun tidak sampai satu jam kemudian wanita itu hidup semula, bangkit dari kematian. Wanita bernama Vanessa Tanasio yang berumur 41 tahun itu mengalami serangan jantung dan segera dibawa ke sebuah hospital di Melbourne. Arteri utamanya telah tersekat.

Tak lama selepas ketibaannya di hospital, ia dinyatakan meninggal dunia. Walaupun begitu, dokter tetap berusaha untuk membuka sekatan pada arterinya, sementara sebuah alat lainnya digunakan untuk memastikan bekalan darah ke otaknya.

Lebih kurang 42 menit kemudian, jantung wanita itu kembali berdenyut ke rentak normal. Ia hidup semula. Dokter yang menolongnya pun merasa hal itu sebagai sebuah keajaiban. “Indeed this is a miracle, “ kata dokter kardiologi Wally Ahmar, “I did not expect her to be so well.”



Pengalaman mati kemudian hidup semula cukup banyak terjadi, kadang disertai pengalaman menyaksikan apa-apa yang dilakukan orang-orang yang masih hidup di sekitarnya. Sebetulnya, orang itu memang belum ditakdirkan untuk meninggal dunia. Ia masih memiliki umur untuk hidup di dunia, walaupun melewati sebuah pengalaman semacam kematian untuk waktu tertentu. Ianya menjadi satu pelajaran bagi kita semua tentang hakikat kematian dan kebangkitan kembali.

Orang yang meninggal dunia pun bukannya berakhir kehidupannya secara mutlak. Ia hanya berpindah dari kehidupan di dunia ini kepada kehidupan yang berikutnya. Kerananya kita mesti sediakan bekal yang cukup untuk menghadapi kehidupan selepas ini.
Setiap insan pada akhirnya akan mati, mungkin di usia tua ataupun di usia muda. Bersedia atau tidak, Kita bakal mati juga. Tak semua orang mendapat kesempatan kedua, bangkit semula daripada kematian, seperti yang dialami wanita pada kisah di atas. Kebanyakan orang yang meninggal dunia tak pernah bangkit semula. Mereka mati seterusnya dan tak pernah kembali lagi.

Jika saat itu datang, adakah kita bersedia menghadapinya?

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2013
Syed Alwi alatas

Tuesday, August 20, 2013

Tempahan awal

Untuk yang berminat boleh tempah awal di MPH

ID produk : 9789830974309
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Galeri Ilmu
Tarikh terbitan : 22-AUG-2013
Kategori (utama): Rujukan Agama
Kategori (sub) : Motivasi Agama
Harga : RM 22.00*
Penghantaran tempatan: Bakal Terbit ! Tempahan awal disediakan

http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789830974309

Testimoni

MEREKA TELAH MEMBACA 'MENCARI HUSNUL KHATIMAH':

Mencari Husnul Khatimah ... membuat saya merenung diri sendiri. Syed Alwi Alatas memaksa saya mencongak, apakah kebaikan yang selama ini telah dilakukan? Bacalah buku ini dengan hati yang terbuka. Insya-Allah ia menyentap jiwa dan perasaan. Fikirlah tentang kematian. Renunglah diri sendiri, jawapannya ada di dalam hati!

- ROZA ROSLAN Penulis buku 'Bukan Sekadar Resipi' dan 'Aroma Antara Benua'



Sungguh ... huraian oleh Ustaz Syed Alwi Alatas di dalam buku ini benar-benar menggetarkan jiwa. Saya makin tertarik untuk membaca satu bab demi satu bab di samping rasa gerun dan insaf meningkat satu bab demi satu bab di dalam hati sepanjang 'kembara' bersama buku ini. Sebuah pedoman untuk iman ... insya-Allah.

- IBNU RIJAL Penulis buku 'Bertanya Tentang Tuhan' dan 'Khutbah Terakhir Rasulullah'.








Apabila saya membaca karya ini, saya dapat merasakan bahawa karya ini benar-benar ‘hidup’. Allahu Akbar! Karya berbentuk tarbiah penceritaan, pengalaman dan perkongsian ini benar-benar seperti wayang gambar ketika membacanya, ada rasa takut, cemas, bahagia dan teruja. Sebuah karya yang mendatangkan buah-buah keinsafan, bahkan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh untuk terus membaiki diri dan umat. Kematian bukan tanda berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi tanda bermulanya sebuah kehidupan yang abadi, syurga atau neraka!

- NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA Perunding Motivasi & Pendakwah, IBS EXCEL TRAINING & CONSULTANCY


Risalah Mencari Husnul Khatimah ini sememangnya untuk ummah. Wasilah barakah yang mengguggah. Usai menelaah, pasti setiap diri akan bermuhasabah, hati akan tersentuh, air mata akan luruh kerana ia penuh hikmah dan ibrah!

- DR. KAMARIAH KAMARUDIN Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia


Sangat bermanfaat untuk diri saya sendiri. Banyak tamsilan daripada kisah dan penceritaan. Soal besar dan pasti tentang kematian dimudahkan fahamnya dengan ayat-ayat mudah bersama tamsil kisah dan cerita.

Tidak dinafikan jiwa saya bergetar di banyak catatan dan tazkirah. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam genggaman-Nya, diri ini gementar dan insaf. Moga insaf itu selamanya menjadi teman dan ditransformasikan menjadi amal baik buat menemani di alam barzakh.

- WEB SUTERA @ HIZAMNUDDIN AWANG Penulis buku ‘Berfikir Gaya Champion’, ‘Macedonia: Alexander Agung’ dan ‘Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh’

Monday, August 19, 2013

Sinopsis

MENCARI HUSNUL KHATIMAH

Gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. Anda boleh gagal dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam kematian! Maksudnya, jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.

Maka belajarlah daripada kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian. Buat persediaan yang matang untuk menghadapi kematian.
Jangan lupakan kematian, kerana kematian tak pernah melupakan kita. Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. Jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.

Jangan tunggu lagi. Ambillah pelajaran sekarang juga. Buat persediaan secepatnya. Agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. Seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada Khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

Bakal terbit

Bakal Terbit!

TAJUK: MENCARI HUSNUL KHATIMAH
PENULIS: SYED ALWI ALATAS
KATEGORI: TARBIAH ROHANI
ISBN: 978-983-097-430-9
KOD: GB0257
HARGA: RM22/RM24
TEBAL: 320